Friday, May 17, 2013

permulaan yang penuh hina




Bismillahirrahmanirrahim

Kalimah mulia pembuka bicara.

Berbekalkan azam menggunung,kemalasan berkali ganda banyaknya dan oh,jangan lupa lagu jiwang karat aku mula menulis.sebenarnya kewujudan blog ini sudah begitu lama,tapi aku refreshkan kembali blog ini kerana aku tak mahu penulisan gaya tidak matang tahap budak-budak yang masih hingusnya meleleh menjadi tatapan lebih ramai orang. *gelaksendiri*

Hendak digelar daei,aku tak mampu; hendak digelar murabbi,tersungkur aku; hendak digelar mujahid,aku gelakkan diriku.aku bukanlah dari golongan yang baik,tapi satu hasrat aku melalui blog ini,aku mahu peringatan yang aku beri sedikit sebanyak hinggap dihatiku.mungkin juga berdoa agar makcik hidayah melanggar hatiku suatu hari nanti  :)

oh, cukuplah aku membebel malam hari ni. fikiran aku dah mula kelaut . 

*ceh baru entri pendek dah nak habiskan,camner nak jadi macam angel pakai gucci ni.hehe*

-senyum,
givenchy